
Ezam lagi terer, dah berapa byk kalimah Allah dia permainkan dlm sumpah sesumpah dia. selamba jer dia sumpah. dulu dia sumpah dgn nama Allah bab rasuah pemimpin Umno. sekarang dia sumpah nama Allah utk benda lain pulak. DSAI & Najib kena belajar dgn Ezam bab2 sumpah nih. report polis pulak dah berkoyan2 dia buat, utk kes rasuah kamaluddin/paklah dah 3 report Ezam buat.
3 kali saya buat laporan polis ke atas Kamaluddin/Pak Lah : Ezam
Seremban- "TIDAK mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaludin," tegas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan anti korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor. Ezam berkata demikian ketika melancarkan kempen 'Rasuah Musuh Nombor Satu Negara' peringkat Negeri Sembilan malam tadi di Taman Setia Jaya, Seremban. Di hadapan ribuan hadirin, Ezam yang juga bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, khabar angin beliau akan masuk Umno itu diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai. "Mana mungkin saya diterima Umno, sejak Abdullah jadi Perdana Menteri, saya sudah buat tiga laporan polis dan BPR terhadap beliau dan anak kesayangannya Kamaluddin.