KANGAR: Dua beranak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan dengan niat bersama membunuh Hatib Leman, 35, pada 3 Mei lalu, selepas mangsa disyaki cuba mengintai dan mencabul seorang budak perempuan berusia 12 tahun di Kampung Perak, Kuala Perlis di sini.
Zakeria Din, 49, seorang kontraktor dan anaknya, Mohd Noorhafiz, 22, peniaga, dituduh secara berasingan melakukan perbuatan itu pada jam 10.15 malam 3 Mei lalu.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta itu yang membawa hukuman gantung sampai mati.