Iklan

Tuesday, 27 January 2009

Marah pun ada nak nangis pun ada terbaca ni

JKM cari waris kanak-kanak, bayi




JOHOR BAHRU: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, mencari waris seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang bayi lelaki dua bulan, yang kini berada di bawah jagaannya.

JKM dalam kenyataannya memberitahu, kanak-kanak perempuan yang dinamakan sebagai Nur Aisyah itu dirujuk pihak polis ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas ditemui berkeliaran sambil menangis di Jalan Garuda 1, Larkin, di sini, kira-kira jam 1.40 pagi, pada 19 Oktober tahun lalu.

Ketika ditemui Nur Aisyah mambawa beg pakaian, botol susu, lampin pakai buang serta anak patung beruang.

Manakala bayi lelaki bernama Farid Ashraff ditinggalkan ibunya, Norhayati Zakariah ketika dia mendapatkan rawatan berhubung komplikasi yang dialami di wad pediatrik HSA.


Norhayati yang berasal dari Kulaijaya didakwa menghilangkan diri dan tidak pernah melawat anaknya sejak bayi itu dimasukkan ke hospital berkenaan.

Sehubungan itu, JKM memohon orang ramai yang mengenali waris atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan, menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Johor Bahru di talian 07- 2232606 atau 07-2232607.

P/s. Anyway, syukur kehadrat Allah kerana budak2 ni dah pun selamat dlm jagaan mrk.Alhamdulillah

Adv