Iklan

Wednesday, 27 February 2008

Cara membalas jasa ibu versi sekarang

• Ketika Berusia Setahun, Ibu Suapkan Makanan Dan
Mandikan Kita. Cara Kita Ucapkan Terima Kasih
Kepadanya Hanyalah Dengan Menangis Sepanjang Malam.
 
• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu Mengajar Kita Bermain,
Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Lari Sambil Ketawa
Terkekeh-Kekeh Apabila Dipanggil.
 
• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu Menyediakan Makanan
Dengan Penuh Rasa Kasih Sayang, Kita Ucapkan Terima
Kasih Dengan Menumpahkan Makanan Ke Lantai.
 
• Ketika Berusia 4 Tahun, Ibu Membelikan Sekotak
Pensel Warna, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan
Menconteng Dinding.
 
• Berusia 5 Tahun, Ibu Membelikan Sepasang Pakaian
Baru, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Bergolek-Golek
Dalam Lopak Kotor.
 
• Setelah Berusia 6 Tahun, Ibu Memimpin Tangan Kita Ke
Sekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menjerit :
"Tak Nak! Tak Nak!"
 
• Apabila Berusia 7 Tahun, Ibu Belikan Sebiji Bola.
Cara Mengucapkan Terima Kasih Ialah Kita Pecahkan
Cermin Tingkap Jiran.
 
• Menjelang Usia 8 Tahun, Ibu Belikan Aiskrim, Kita
Ucapkan Terima Kasih Dengan Mengotorkan Pakaian Ibu.
 
• Ketika Berusia 9 Tahun, Ibu Menghantar Ke Sekolah,
Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Ponteng
Kelas.
 
• Berusia 10 Tahun Ibu Menghabiskan Masa Sehari Suntuk
Menemankan Kita Ke Mana Saja, Kita Ucapkan Terima
Kasih Dengan Tidak Bertegur Sapa Dengannya.
 
• Apabila Berusia 12 Tahun, Ibu Menyuruh Membuat Kerja
Sekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menonton
Televisyen.
 
• Menjelang Usia 13 Tahun, Ibu Suruh Pakai Pakaian
Yang Menutup Aurat, Kita Ucapkan Terima Kasih
Kepadanya Dengan Memberitahu Bahawa Pakaian Itu Tidak
Sesuai Zaman Sekarang.
 
• Ketika Berusia 14 Tahun, Ibu Terpaksa Mengikat Perut
Untuk Membayar Wang Persekolahan Dan Asrama, Kita
Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Tidak Menulis
Sepucuk Surat Pun.
 
• Berusia 15 Tahun, Ibu Pulang Daripada Kerja Dan
Rindukan Pelukan Dan Ciuman, Kita Ucapkan Terima Kasih
Dengan Mengunci Pintu Bilik.
 
• Menjelang Usia 18 Tahun, Ibu Menangis Gembira
Apabila Mendapat Tahu Kita Diterima Masuk Ke Ipta,
Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Bersuka Ria
Bersama Kawan-Kawan.
 
• Ketika Berusia 19 Tahun, Ibu Bersusah Payah Membayar
Yuran Pengajian, Menghantar Ke Kampus Dan Mengheret
Beg Besar Ke Asrama, Kita Hanya Ucapkan Selamat Jalan
Pada Ibu Di Luar Asrama Kerana Malu Dengan
Kawan-Kawan.
 
• Berusia 20 Tahun, Ibu Bertanya Sama Ada Kita Ada
Teman Istemewa,Kita Kata, "? Itu Bukan Urusan Ibu."
 
• Setelah Berusia 21 Tahun, Ibu Cuba Memberikan
Pandangan Mengenai Kerjaya, Kita Kata, "Saya Tak Mahu
Jadi Seperti Ibu."
 
• Apabila Berusia 22-23 Tahun, Ibu Membelikan Perabot
Untuk Rumah Bujang Kita. Di Belakang Ibu Kita Katakan
Pada Kawan-Kawan?. "Perabot Pilihan Ibu Aku Tak
Cantik, Tak Berkenan Akuuu!"
 
• Menjelang Usia 24 Tahun, Ibu Bertemu Dengan Bakal
Menantunya Dan Bertanyakan Mengenai Rancangan Masa
Depan, Kita Menjeling Dan Merungut, "Ibuuu,
Tooooolonglahhh?."
 
• Ketika Berusia 25 Tahun, Ibu Bersusah Payah
Menanggung Perbelanjaan Majlis Perkahwinan Kita. Ibu
Menangis Dan Memberitahu Betapa Dia Sangat Sayangkan
Kita Tapi Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan
Berpindah Jauh.
 
• Pada Usia 30 Tahun, Ibu Menelefon Memberi Nasihat
Dan Petua Mengenai Penjagaan Bayi, Kita Dengan Megah
Berkata,"? Itu Dulu, Sekarang Zaman Moden."
 
• Ketika Berusia 40 Tahun, Ibu Menelefon Mengingatkan
Mengenai Kenduri-Kendara Di Kampung, Kita Berkata,
"Kami Sibuk, Tak Ada Masa Nak Datang."
 
• Apabila Berusia 50 Tahun, Ibu Jatuh Sakit Dan
Meminta Kita Menjaganya, Kita Bercerita Mengenai
Kesibukan Dan Kisah-Kisah Ibu Bapa Yang Menjadi Beban
Kepada Anak-Anak.
 
• Dan Kemudian Suati Hari, Kita Mendapat Berita Ibu
Meninggal! Khabar Itu Bagaikan Petir! Dalam Lelehan
Air Mata, Barulah Segala Perbuatan Kita Terhadap Ibu
Menerpa Satu Persatu.
 
Jika Ibu Masih Ada, Sayangi Dia. Jika Telah Meninggal,
Ingatlah Kasih Dan Sayangnya. Sayangilah Ibu Kerana
Kita Semua Hanya Ada Seorang Ibu Kandung.

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma

sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.

Friday, 15 February 2008

Ni barulah intelligent.

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang....

Mengapa oh mengapa?

Selalu dapat email ni, abadikan di blog untuk dikongsi.

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. ..

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?



Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?



Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"



Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?








Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?








Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


Adv